#106 SOALAN & JAWAPAN DARI KASTAM - MAKLUMBALAS PIHAK GABUNGAN BANTAH GST!
Wednesday, 01 April 2015

Bil

Soalan

Jawapan Kastam

Maklumbalas

1

Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?

 

 KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.

 

Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan.

 

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran.

 

Tidak menjawab soalan. Soalan ditanya mengenai pungurangan harga yang dijanjikan akan berlaku apabila berubah dari SST ke GST. Bila pengurangan ini akan berlaku ?

2

Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan bermula   1 April ini?

 

 Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahan-bahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

 

Terima Kasih untuk penjelasan.

3

Bagi syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?

 

 Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST.

Apakah kepastian atau jaminan dari pihak kastam , syarikat-syarikat tersebut tidak akan disaman sekiranya jualan dengan tidak dijangka mencapai RM 500k?

4

Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500k, kemudian bagaimana?

Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun.

Bagi syarikat yang pilih untuk tidak daftar , soalannya sama seperti diatas, manakala bagi syarikat yang pilih untuk berdaftar dan kemudian tidak mencapai nilai ambang RM 500k , bukankah ini tidak adil untuk pengguna? Adakah pihak kastam mengatakan walaupundalam keadaan begini, syarikat perlu terus kekal dalam system GST untuk tempoh 2 tahun?

5

Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting bagi kerajaan dan mencaj GST 6%?

Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Jawapan Kastam mengukuhkan persepsi bahawa Kerajaan kita mesra kapitalis dan korporat  tetapi mengabaikan majoriti rakyat yang akan sengasara kerana GST

6

Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan kepada gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakah kenaikan itu?

Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akan menjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara

Nampaknya jawapan sebenar adalah Kerajaan tidak akan naikan gaji minima sebelum GST pada 1 April 2015. Selain itu ada laporan akhbar bahawa Kerajaan tidak bercadang mencapai Negara tinggi pendapatan pada 2020.

7

Mengapa tidak kekalkan senarai barangan and perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?

GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

SST hanya cukai barang mewah. GST adalah perluasan skop cukai dimana ia akan memberi impak kepada rakyat biasa. Maka hujah pengguna akan bayar harga yang berpatutan bukan benar

8

Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?

Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan

Terima kasih tetapi jawapan ini lebih retorik.

 

Sehingga kini berapa  orang yang pernah didakwa diseluruh  negara kerana menaikan harga?

 

Berapa ramai tembahan  penguatkuasa yang ada ?

9

Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST? 

Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%.

Kenapa pengecualian dibuat berdasarkan klasifikasi “crustaceans “ dan makanan yang diproses?  Bukankah klasifikasinya barangan keperluan untuk pengecualian GST? Sardine adalah makanan orang biasa yang seharusnya diklasifikasi sebagai makanan asas dan dikecualikan GST .

10

Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang  awam? Sila nyatakan

 

Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara.

Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut:

 program perguruan dan pembelajaran - RM60.0 bilion

 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan - RM23.3 bilion

 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) - RM4.9 bilion

 kemudahan dan infrastruktur - RM4.5 bilion

 biasiswa kerajaan - RM3.0 bilion

 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya - RM1.2 bilion

 bantuan buku 1Malaysia - RM325 juta

 

=Hasil yang diperolehi oleh GST adalah RM 25 billion mengikut bajett 2015. Bagaimana ia dapat membayar kepada untuk semua ini. Jawapan nampaknya tidak ikhlas dan Kastam hanya senaraikan semua dalam bajet tanpa asingkan pendapatan dari GST dan penggunaannya.

11

Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?

Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai. 4

 

Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain.

Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST.

Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia.

 

 

Cukai progressive akan mencukai orang kaya lebih daripada yang miskin. Manakala GST mengalihkan beban cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah. Maka cukai ini adalah regressive.

 

Pengecualian beberapa barangan tidak akan menjadikan GST progresif  kerana impak negatif tinggi walaupun ada pengecualian

 

Kerajaan sendiri telah mengatakan bahawa keluarga yang berpendapatan RM 3000 akan membayar GST 2.6% dimana sebelum ini mereka tidak perlu bayar cukai pendapatan. Apatah lagi cukai korporat dikurangkan dari 25% -24% .

 

Jelas dapat dilihat beban cukai dipindahkan keatas rakyat biasa manakala cukai terhadap korporat dikurangkan.  Ini adalah regresif  

12

Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?

 

Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000.

Terima Kasih untuk penjelasan.

13

Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GS,T akan berpindah ke negara lain untuk melabur?

Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan

Disini hujah pelabur akan lari tidak digunakan untuk laksana GST tetapi apabila hendak laksanakan atau naikkan gaji minima untuk ikut undang-undang, maka hujah pelabur asing lari digunakan sewenang-wenangnya. Nampak sangat double standard

14

Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?

Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lain-lain.

Baru-baru ini Singapura menaikkan cukai korporat 2%. Mungkin pihak Kastam terlepas perkembangan ini

15

Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan kehilangan  wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib  yang sama?

 

GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara.

Bagaimana GST boleh mengekang ketirisan?

 

Kastam tidak menjawab soalan ini.

16

Adakah kaum kerabat seperti sultan / raja dan keluarga mereka membayar cukai?

Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai.

Terima kasih untuk penjelasan

17

Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?

Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar.

Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961.

Nampaknya rakyat sudah mula stok barangan seperti yang dijangka oleh kami. Penjelasan Kastam kepada rakyat nampaknya tidak sampai kerana rakyat tidak yakin  bahawa harga barang akan lebih berpatutan selepas GST.

18

Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dengan RM4.5 bilion? 

Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST.

Adalah PAC efektif kerana sebelum ini pun PAC ada, tetapi banyak projek kerajaan yang berlaku pembaziran mengikut Auditer General .

19

Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat  perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan pada ubat-ubatan?

Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut : http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_odr/P.U.%20(A)%20272%20-%20Butiran%202,%20Jadual%20Pertama%20-%20Senarai%20Ubat%20Penting%20Kebangsaan.pdf

Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST.

Tidak menjawab soalan. Persoalannya bukankah mengenakan GST kepada ubatan , apa jenis pun bertentangan dengan Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006.

20

Adakah pembelian rumah akan dikenakan Cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah? 

 

Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.

Bukankah barangan binaan rumah seperti Simen akan dikenakan cukai GST yang akan menyebabkan harga rumah meningkat ?

21

Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST ? Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa  barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit , 6% lagi Cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit ?

 

Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.

GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.

Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST. Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.

 

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh.

Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.

 

 

Terima kasih untuk penjelasan

22

Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan Cukai GST ? Bagaimana 6% akan dikira ?

 

Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS.

Maksudnya  perkhidmatan MEPS iaitu pengeluaran wang kami  di ATM antara bank dikenakan GST

23

Adakah pertrol dan diesel akan dikenakan Cukai GST ? 

Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST

RON 97 ada GST ?

24

Adakah LPG ( natural gas)  akan dikenakan Cukai GST ? 

 

Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST.

Terima kasih untuk penjelasan

25

Adakah penggunaan khidmat pajak gadai dikenakan Cukai GST ? 

 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.

Adakah ini adil dan beperikemanusiaan sedangkan semua orang tahu bahawa pajak gadai biasanya diguna oleh rakyat yang berpendapatan rendah.

26

Adakah Cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa -beli kenderaan ? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST.

Maksudnya kos untuk beli kenderaan dan rumah akan meningkat ?

27

Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST , kerajaan tidak akan dikenakan Cukai GST ? 

Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan.

Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST.

Maksudnya buku panduan tidak komprehensif  dan menyeluruh.

Keluarkan senarai penuh yang mana kena GST dan yang mana tidak .

28

Adalah dikatakan barangan zero rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam . Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST ? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan ? 

Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan.

Jawpan kastam terlalu umum. Soalan kami spesifik, Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST? Mesti ada formula kan?

Baca Lagi...
APA LOGIK? HARGA MINYAK TURUN,TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK!
Friday, 20 March 2015

Bila harga minyak naik, harga barang dan kos pengangkutan naik !, Bila harga minyak turun, harga barang dan tambang bertambah naik ! Apa logik dan rasionalnya?  

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) amat terkilan dengan tindakan pihak Kerajaan menaikkan tambang teksi, bas dan KTMB dari 20% hingga 67%. Hanya sebuah kerajaan yang sudah tidak waras akan melakukan perkara seumpama ini. Kerajaan BN jelas sudah hilang pertimbangannya dan terus menggasak rakyat marhein.

 

JERIT membantah sekeras-sekerasnya kenaikan tambang pengangkutan awam kerana sebab-sebab berikut:

1.  Mulai 1 April 2015, GST akan dilaksanakan. Menurut pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia, harga barang akan naik setelah perlaksanaan GST sebanyak 6%. Kita juga tahu barang yang dikecualikan GST masih tetap akan naik harganya sebab kesan rantaian. Dengan kenaikkan tambang pengangkutan awam dan adanya GST, kos akan meningkat berlipat kali ganda.

 

2.  Gaji minima masih belum dinaikkan. Pada tahun ini, gaji minima harus dinaikkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara. Malangnya disebabkan oleh tentangan hebat oleh pihak majikan, pihak kerajaan tidak berani untuk menaikkan gaji minima ini.

 

3. Kadar gaji secara umumnya juga tidak meningkat. Kadar gaji yang dibayar di Malaysia hanyalah 30% daripada GDP Negara. Angka ini tidak banyak naik sejak tahun 1970an lagi. Ini bertentangan sama sekali jika dibandingkan dengan kadar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

 

 

Baca Lagi...
Pekerja dimangsakan kerana buat aduan Gaji Minima !
Thursday, 19 March 2015
17 Mac 2015 – Hari ini satu sidang media dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), Cawangan Seremban di hadapan Wisma Persekutuan Seremban bersama dengan 3 pekerja yang dibuang kerja oleh majikan RT Supply & Services pada 31 Disember 2014.



Puan.Parvathi, Puan Rajeshwary, dan Puan.Krishnaveni adalah tiga pekerja yang dibuang kerja oleh RT Supply & Services pada 31 Disember 2014 tanpa sebarang notis. Puan.Parvathi dan Rajeshwary telah bekerja sebagai pembersih (cleaners) di Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Gemencheh, manakala  Puan.Krishnaveni pula telah bekerja sebagai pembersih di Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha, Gemencheh di Negeri Sembilan. Kontraktor RT Supply & Services merupakan majikan untuk ketiga-tiga pekerja.


 
Pada bulan September 2014, sekumpulan pekerja-pekerja pembersih dari Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha buat aduan kepada PSM kerana majikan RT Supply & Services tidak laksanakan undang-undang Gaji Minima RM900 yang dikuatkuasakan mulai Januari 2013. Setelah pekerja fail kes di Pejabat Tenaga Kerja Seremban, selepas itu pekerja dapat semua gaji tertunggak dan gaji baru dimulakan mulai Okrober 2014.

Baca Lagi...
Kenapa Cukai GST harus dibantah ?
Thursday, 19 March 2015

Disini kami ingin mengutarakan 4 sebab kenapa Cukai GST harus dibantah :


1.   Pengimplementasian Cukai GST akan menyebabkan harga barang naik . Rakyat akan bayar cukai untuk barangan harian kita.  Kerajaan kata ada  pengecualian Cukai GST  untuk beberapa barangan asas, namun oleh kerana dalam proses pengeluaran akan ada Cukai GST , maka kos pengeluaran akan meningkat, menyebabkan harga barangan atau perkhidmatan berkenaan meningkat. Keadaan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan meningkatkan inflasi dalam negara.

 

 2.    Kerajaan kata Cukai GST 6% akan menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan 10%. Maka akan berlaku pengurangan harga barang. Ini adalah satu pembohongan. Ini adalah kerana Cukai Jualan & Perkhidmatan 10% adalah untuk barangan dan perkhidmatan mewah contohnya bagi perkhidmatan hotel. Sekarang pula Cukai Jualan & Perkhidmatan dibatalkan dan Cukai GST akan diimplimentasi . Ini bermakna tanggungan orang kaya dikurangkan dan orang miskin pula dibebankan.

 

3.    Tahun 2015 Gaji Minima RM 900( Semenanjung Malaysia ) & RM 800 ( Sabah & Sarawak)  harus dikaji semula dimana harus ada peningkatan gaji. Namun, kerajaan tidak mengambil berat mengenai isu ini. Kalau Gaji Minima ditingkatkan kepada RM 1500 dan selepas itu Cukai GST diamalkan , masih bolehlah dipertimbangkan. Ini tidak, katanya hendak jadikan negara ini negara berpendapatan tinggi, tetapi tiada tindakan untuk meningkatkan gaji rakyat , hanya tindakan untuk memiskinkan rakyat dengan Cukai GST.

 

4.    Kerajaan kata tiada duit, maka perlu implementasi Cukai GST . Kalau inilah keadaan sebenar,  kenapa kerajaan tidak tingkatkan Cukai Korporat ?

 

i.              Kalau kita analisa pada 1980, Cukai Korporat yang dikenakan ialah  40% telah dikurangkan sehingga 24% sekarang . Kenapa kerajaan begitu simpati kepada orang kaya dan syarikat korporat ? Malah Cukai Pendapatan pun akan dikurangkan secara berperingkat.


ii.            10 orang kaya dinegara kita mempunyai pendapatan bersama RM 181 billion. Dari pendapatan itu kalau kerajaan kenakan 15% cukai pun , kerajaan boleh dapat 27 billion pendapatan setahun. Persoalannya, kenapa kerajaan tidak kenakan cukai kepada 10 orang ini dan menyusahkan 30million rakyat ?


iii.           Pada masa sekarang , perbelanjaan pentadbiran kerajaan ialah RM223.4 billion, iaitu 82% daripada bajet keseluruhan. Daripada perbelanjaan itu, kalau kerajaan berjimat 10% dari perbelanjaan pentadbiran ini, boleh mendapat RM 22 billion untuk perbelanjaan pembangunan.  Kalau dibandingkan dengan Perdana Menteri kita yang lepas, Datuk Sri Najib adalah Perdana Menteri yang  paling banyak berbelanja mewah. Kalau 10% daripada ini dijimatkan pun dah cukup, Cukai GST tidak perlu dikenakan.

iv.     Kajian Integriti Kewangan Global menyatakan bahawa di Malaysia  dalam satu tahun , RM 171 billion duit hilang kerana korupsi. Kalau hanya ¼ daripada ini dijimatkan pun , kerajaan akan dapat RM43 billion.

 

 

Jelas disini , kerajaan tidak berminat untuk halang korupsi, atau berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Kerajaan Persekutuan hanya berminat untuk mengorek poket rakyat melalui Cukai GST supaya mereka boleh terus berbelanja  boros tanpa mengambil kisah kebajikan Rakyat biasa.

 

BANTAH CUKAI GST; CUKAI yang MEMISKINKAN RAKYAT!

HENTIKAN KORUPSI ! HENTIKAN KEBOROSAN DALAM PERBELANJAAN KERAJAAN

17 Mac 2015: Debat GST tukar jadi Forum Kerana Menteri tak datang
Thursday, 19 March 2015

 

 


5 Mac 2015 : Cabar Menteri Berani Debat dengan Gabungan Bantah GST!
Thursday, 19 March 2015

 


<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link