• Kebangkitan Rakyat Cameron! 2,3,4 Feb 2013

  • Don't destroy their future LYNAS

  • The current regime has no concern over the people

  • Dataran ditutup untuk menghalang peserta himpunan hijau berkumpul

  • Sambutan Hari Habitat 2012 di Parlimen

23 sasaran kayuhan Jerit

Print

Jamilah Kamarudin | December 4, 2012

Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 lokasi di sekitar Negeri Sembilan menjadi sasaran Jariingan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ Jumaat nanti.
 
Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu. Manakala hari kedua akan bermula di Pedas-Linggi dan akan berakhir di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri di Seremban pada Isnin 10 Disember ini.
 
Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
 
“Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum.
 
“Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi yang sebenar.
“Acara kemuncak segala tuntutan rakyat itu nanti akan diserahkan kepada Menteri Besar dan juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.
 
Tuntutan tersebut meliputi tujuh tuntutan utama iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, menghentikan pemusnahan alam sekitar, serta menamatkan penswastaan perkhidmatan awam seperti air, elektrik, kesihatan dan pendidikan.
 
Selain itu, tuntutan supaya hak dan kebajikan pekerja dilindungi, hak untuk himpunan aman dan kebebasan bersuara serta memansuhkan undang-undang zalim akan turut dikemukakan.
 
Sementara itu, penyelaras kempen M Sivaranjani berkata pihaknya mengalu-alukan sokongan orang ramai terutamanya anak muda yang berminat menyertai kempen berbasikal ini.
 
“Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi pejabat Jerit di talian 0387370766,” katanya yang menjamin kempen tersebut akan berjalan dengan aman tanpa mahu menimbulkan sebarang masalah atau provokasi.
 
Kempen ini turut mendapat sokongan kumpulan Bersih, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), serta beberapa NGO lain termasuk Pakatan Rakyat.

 

We have 6 guests and no members online

2011 23 sasaran kayuhan Jerit. Custom Footer text
Powered by Joomla 1.7 Templates

Regarded as regarded truth that tobacco greatly Klonopin and wikipedia Klonopin damages your wellbeing. Medical examination has demonstrated that numerous Xanax detox Xanax xr very long-period well being problems such Sildenafil madrid spain Kegg drug sildenafil as cancer malignancy, cerebral vascular accidents etc. are leaded by cigarettes. VolumePills VolumePills For anyone who is nevertheless not certain to Dapoxetine available Dapoxetine australia prevent cigarettes by having the lengthy-phrase diseases like cancer Semenax Semenax malignancy and emphysema, you will be comfortable with the Provigil withdrawal Provigil adderall combined are the Pure raspberry ketone supplement sale Raspberry ketones fat following to Ornithine, lysine, arginine, lysine hgh Natural human growth hormone help you with the pleasures of Mango african safari African mango extract diet