#kayuh2.0: Tahukah anda pantai boleh diswastakan?
7 Disember 2012- Penjelajahan ke Teluk Kemang hari ini telah memberi satu informasi baru kepada semua pengayuh muda. Kerakusan kaum kapitalis. Ketamakan golongan kaya untuk mengaut profit dengan mensawastakan pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Pantai diswastakan? Apa akan berlaku? Bagi pekedai yang ingin membuka kedai harus membayar kepada pemaju swasta ini. Dia menjadi pemilik tanah pantai. Bukankah tanah pantai milik awam?
Inilah realiti di negara kita. Rakyat menuntut hak tanah pantai dikembalikan kepada RAKYAT!






