PEKERJA BANGLADESH BUKAN MUSUH ! MUSUH SEBENARNYA ADALAH SISTEM NEGARA
Thursday, 18 February 2016
KENYATAAN AKHBAR
18 Februari 2016
 
PEKERJA BANGLADESH BUKAN MUSUH !
MUSUH SEBENARNYA ADALAH SISTEM NEGARA
 
Berikutan pengumuman Kerajaan Malaysia bahawa ia akan membawa seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia dalam jangkasama 3 tahun yang akan datang terutamanya untuk sektor pembinaan dan perladangan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari beberapa pihak. Ramai yang menganggap pekerja migran adalah musuh mereka dan mula melemparkan tuduhan yang bersifat rasis dan mengaitkan mereka dengan segala jenayah yang berlaku dalam negara.
 
Pihak Kerajaan sebaliknya mendakwa bahawa rakyat Malaysia tidak mahu bekerja di sektor 3D - kotor (Dirty), susah (Difficult), bahaya (Dangerous). Pihak Kerajaan juga mengatakan tindakan ini diambil kerana permintaan para majikan.
 
Adakah ini benar? 
 
  1. Mengapa tiba-tiba kerajaan ingin membawa masuk pekerja dari Bangladesh? Jika benar para majikan perlukan sejumlah pekerja ini, mengapakah Persatuan Majikan Malaysia (MEF) turut tidak bersetuju dengan tindakan ini?
 
  1. Benarkah pekerja Malaysia tidak mahu bekerja di dalam sektor 3D. Jika mengikut fakta, selama ini orang tempatan yang kerja di sektor perladangan generasi demi generasi. Apa pula punca utama jika ada sektor yang kurang diminati oleh warga Malaysia?
 
  1. Siapa kontraktor yang dilantik untuk membawa masuk pekerja migran ini dan bolehkah Kerajaan dedahkan senarai syarikat yang meminta pekerja migran  Bangladesh?
 
  1. Beberapa minggu lalu, Kerajaan mengumumkan untuk menaikkan cukai levi 100% dan ini satu langkah mengurangkan pergantungan negara terhadap buruh asing (kini ditangguhkan). Bukankah tindakan ini bertentangan dengan keputusan membawa masuk lagi 1.5 buruh asing?
 
Persoalan di atas amat merunsingkan dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) juga ingin menegaskan pendirian mengenai isu 1.5 juta pekerja Bangladesh seperti berikut:
 
1.      Kini di Malaysia ada lebih 5 juta pekerja migran, majoritinya tidak berdokumen. Ini ditambah dengan lebih 2 juta pelarian. Angka ini amat membimbangkan sehingga golongan ini meliputi 30% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia. Dengan tambahan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, ini akan meningkat pergantungan negara kepada pekerja migran.
 
2.      Pekerja migran bukan musuh pekerja tempatan. Mereka dibawa masuk oleh Kerajaan kerana dasar gaji murah yang diamalkan di Malaysia. Jika Malaysia boleh menawarkan satu jumlah tenaga kerja dengan upah yang murah, ini akan menarik pelabur asing ke Malaysia. Jadi ini adalah satu polisi yang dibuat oleh Kerajaan dan bukannya pekerja dari Bangladesh.
 

Baca Lagi...
SELAMAT HARI MALAYSIA ;TOLAK POLITIK PERKAUMAN
Wednesday, 30 September 2015

Selamat Hari Malaysia yang ke 42  kepada rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia dan ia juga amat bermakna bagi Sabah dan Sarawak kerana 16 September juga adalah penamatan zaman penjajahan British di kedua negeri itu.  

 

Sementara negara menyambut hari yang bersejarah ini, negara dan rakyatnya dibelenggui isu  penyelewengan 1MDB, kejatuhan nilai ringgit di pasaran dunia yang menyebabkan ekonomi semakin merudum dan rakyat pula dibebani dengan kos hidup yang tinggi, cukai GST yang menekan dan gaji rendah dan juga ancaman kehilangan kerja kerana keadaan ekonomi tidak begitu mengalakkan.   

 

Namun isu yang lebih besar yang melanda negara pada masa kini, ialah isu perkauman yang dimainkan oleh pihak pemerintah untuk pecah- belahkan rakyat yang bersatu menuntut perubahan pemerintahan korup yang wujud sekarang. Kejayaan Himpunan 34 jam BERSIH 4 telah menunjukkan bahawa rakyat sanggup tidur di jalanraya demi menuntut perubahan dan membantah kerajaan yang korup dan zalim. Pertunjukkan kuasa rakyat ini telah mengugat kerajaan Barisan Nasional.

Baca Lagi...
Apakah dosa kami ..Keluhan seorang pekerja dari Gemenche, Negeri Sembilan
Thursday, 03 September 2015

Saya bekerja di syarikat Supermax Worthy Sdn.Bhd. Syarikat ini terletak di alamat No.2743, Jalan Bemban, Kawasan Perindustrian Jasin, 77 000 Jasin, Melaka. Saya bekerja di syarikat ini selama 11 tahun. Saya bermula dengan gaji asas RM320 dan kini setelah pelaksanaan Gaji Minima, baru gaji asas saya  diselaraskan kepada RM900.

 

Ini bermaksud pekerja baru dan pekerja yang berpengalaman 11 tahun seperti saya tiada sebarang perbezaan dalam jumlah gajinya. Setelah potongan EPF dan SOCSO, gaji yang saya bawa balik ke rumah adalah lebih kurang RM720. Maka, apakah undang-undang Gaji Minima ini membawa satu perubahan dalam hidup pekerja seperti saya? Seorang pekerja yang 11 tahun bekerja tiada satu kadar kenaikan gaji yang adil.

Tambahan pula, baru-baru ini, majikan mengumumkan bahawa syarikat di Jasin ini akan tutup tidak lama lagi. Maka, semua pekerja, lebih kurang 300 akan dipindahkan ke anak syarikat mereka yang berada di Kulai Jaya dan Tebrau di Johor. Saya dan ramai pekerja tidak setuju dengan pemindahan ini. Maka, pilihan yang diberi oleh majikan adalah berhenti kerja sahaja.

 

Kami tidak mempunyai kesatuan, tetapi wakil-wakil pekerja sudah mengadakan perbincangan untuk meminta pampasan yang sepatutnya kepada pekerja mengikut tempoh perkhidmatan masing-masing. Tuntutan kami tidak didengar oleh majikan. Kini, banyak syarikat sedang dit