29/11/2008: MB SELANGOR MEGAH melancarkan KEMPEN BASIKAL JERIT PDF Print E-mail
Saturday, 29 November 2008

YAB TAN SRI DATO' ABDUL KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR TELAH MENYATAKAN SOKONGAN PENUH DAN MELANCARKAN KEMPEN BASIKAL JERIT 'RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN' PADA 29 NOVEMBER 2008 DI PERKARANGAN  STADIUM MELAWATI

 

Program telah bermula dengan lagu "Power to People" memang tepat dengan program pelancaran. Kebanyakan orang yang hadir , memakai T-shirt JERIT merah memberi identiti tersendiri kepada majlis ini. Pengerusi Majlis memulakan program dengan sedikit pengenalan mengenai JERIT. Ucapan pertama adalah oleh Saudari Kohila , Penyelaras JERIT. Dalam ucapan beliau telah mengatakan bahawa Kempen Basikal ini diadakan untuk membawa mesej kesedaran kepada rakyat bahawa hanya mereka sahaja yang boleh membawa Perubahan Tulen dalam negara. Beliau juga telah menyeru semua orang untuk memberi sokongan kepada delegasi basikal apabila mereka sampai dikawasan-kawasan mereka dan seterusnya turun pada 18 Disember 2008 untuk hantar memorandum ke Parlimen.

Setelah ucapan beliau, satu team delegasi basikal telah mengayuh masuk di hadapan pentas. Dan wakil-wakil dari rakyat telah memberi 6 tuntutan JERIT kepada YAB Menteri Besar yang mangantungnya atas setiap basikal. Setelah itu YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid telah memberi ucapan pelancaran beliau. YAB Tan Sri Khalid telah mengatakan bahwa beliau megah dalam melancarkan program Kempen Basikal ini. Beliau juga telah menyatakan bahawa adalah perlu Gerakan seperti JERIT untuk mengingatkan tanggungjawab Kerajaan Pakatan Rakyat. Tambah Tan Sri Khalid Ibrahim, tuntutan JERIT adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor dan memberi sokongan penuh kepada kempen JERIT. Setelah ucapan pelancaran, beliau telah memotong belon yang dan seterusnya melancarkan Kempen Basikal JERIT.

Setelah itu slogan Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan ! dilaungkan dan majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier yang telah membantu JERIT dalam mengadakan pelancaran ini.  

Kempen  Basikal  JERIT Rakyat Pengayuh Perubahan  adalah satu inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang akan berbasikal ke seluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat,  isu global seperti alam sekitar dan krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.

Kempen Basikal ini akan bermula di 2 lokasi utama dari Utara dan Selatan  pada 3/12/2008 dan akan sampai ke perkarangan Parlimen Kuala Lumpur pada 18/12/2008 dimana memorandum dijangka dihantar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang jalan para peserta akan mengedarkan risalah kesedaran dan juga menghantar memorandum kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri yang disinggahnya.  Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah dimaklumkan 

Kempen Basikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" akan membawa isu dan masalah rakyat yang sebenar kepada platform nasional. Kami menyeru  rakyat biasa untuk menyertai dan menyahut panggilan kami untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites