Rakyat dikeldai-kan untuk Cukai GST PDF Print E-mail
Monday, 28 December 2009

Rang undang-undang GST sudahpun dibentang dalam persidangan Parlimen pada 16 Dec 2009 untuk bacaan pertama dan pembentangan kedua dijadualkan pada March 2010.

 

Sistem Cukai GST  akan dimulakan dalam masa 18 bulan selepas pembentangan kedua di parlimen.

 

Cukai GST ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kerajaan  mencadangkan kadar cukai  4%  untuk Cukai GST dan berjanji memberikan pengecualian terhadap barangan asas seperti makanan.

 

Namun ini adalah beberapa persoalan yang perlu kita teliti:

 

1.       Mengapa Kerajaan Malaysia  mahu perkenalkan Cukai GST di Malaysia?

 

Berdasarkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Malaysia perlu setanding dengan Negara membangun dan negara maju  yang lain yang sudahpun mempunyai cukai GST. Singapura, Australia, Thailand, China dan Negara Eropah adalah antara negara yang sudahpun mengamalkan cukai GST. Oleh itu amat penting untuk Malaysia ikut peredaran masa agar tidak ketinggalan. Tambahan pula sumber yang diperolehi dari cukai korporat, cukai pendapatan dan wang royalti petrol tidak mencukupi bagi perbelanjaan kerajaan dan terpaksa berhadapan dengan bajet defisit.

2.       Mengapa Malaysia kekurangan sumber kewangan apabila ia adalah salah satu negara yang kaya dengan sumber alamnya?

Malaysia sememangnya mempunyai sumber alam seperti petrol, kelapa sawit, getah, bijih timah, dan tanah pertanian subur. Namun segala wang ini telah dibelanjakan dengan mewahnya untuk membina bangunan-bangunan seperti menara berkembar Petronas, Putrajaya , Iskandar Malaysia yang eksklusif bagi golongan yang berpendapatan tinggi, kaya dan ahli politik. Tidak lupa juga projek mega yang terbengkalai seperti jambatan bengkok di Johor yang berharga RM600 juta.

 

Rasuah juga antara satu faktor yang kerajaan bertambah miskin dan ahli BN bertambah kaya. Amalan korup didalam kerajaan yang sudah lama berlaku , menjadikan Malaysia ditangga nombor 10 dalam senarai negara paling korup di Asia Pasifik.

 

Maka, sudah tentulah dana kewangan kerajaan menghadapi masalah. Rasuah dan pembaziran wang harus dihentikan untuk mengatasi masalah ini, bukannya perkenalkan cukai baru.

 

3. Adakah pengimplementasian cukai GST akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan?

               

Cukai GST akan menambahkan lagi beban dan menyukarkan hidup rakyat biasa yang terpaksa membayar  nilai tambahan bagi barangan dan perkhidmatan. Wang yang dikerah dari rakyat melalui cukai GST dianggarkan dapat memberi pendapatan sebanyak satu billion untuk setahun kepada kerajaan. Pulangan ini dikatakan akan digunakan untuk projek yang bermanfaat kepada rakyat.

 

Teramat naïf dan bahlulnya kita rakyat Malaysia  jika mempercayai janji kerajaan ini. Apa yang boleh diharapkan pada kerajaan yang telah dan masih menswastakan hampir semua agensi kerajaannya dengan alasan kurang keefisienan dalam pentadbirannya.

 

Cukai GST ini akan mengakibatkan semua rakyat membayar cukai tanpa mengira jumlah pendapatan mereka. Adalah tidak adil jika seorang pekerja bergaji RM800 terpaksa membayar cukai bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan sama seperti pegawai bergaji RM10,000. Lagipun menurut satu analisis, majority rakyat Malaysia

berpendapatan kurang dari RM3000. Kumpulan ini  akan merana teruk akibat inflasi yang berlaku selepas pengemplementasian cukai GST tanpa kenaikan dalam pendapatan mereka.

 

Berdasarkan pengalaman Australia, pengguna akan berebut-rebut membeli barangan keperluan sebelum cukai GST diperkenalkan mengakibatkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga. Insiden ini akan mengakibatkan kekalutan dalam pasaran dan menyebakan  inflasi. 

 

4. Bagaimana keadaan Negara lain yang mengamalkan GST?               

 

Negara-negara yang telah pun mengamalkan GST adalah Negara-negara Eropah, Canada,  Australia dan beberapa Negara Asia Tenggara.

 

Negara-negara Eropah mempunyai sistem jaringan perlindungan yang tinggi bagi kaum pekerjanta. Negara Thailand, Indonesia, Singapura dan negara miskin seperti Myanmar, Laos serta Vietnam pula mempunyai Akta Gaji Minima untuk menjaga kebajikan pekerja.

 

Malaysia berada di tangga kedua bagi jurang pendapatan di kalangan negara Asia yang menggambarkan ketidakadilan dalam pengagihan pendapatan. Tambahan pula Kerajaan Malaysia memangsakan pekerja dengan melonggarkan undang-undang buruh untuk menarik pelabur  asing.

 

Maka sebelum Kerajaan beria-ia mengamalkan GST, ia perlu;

a)     Gubal  Akta Gaji Minima

b)      Sediakan tabung pemberhentian kerja.

c)       Pengesahan kesatuan sekerja secara automatik

d)      Kawal harga barangan asas

  

5.      Apakah yang perlu dilakukan selepas ini ?

Rakyat perlu tahu bahawa cukai GST hanya membawa lebih banyak keburukan kepada golongan rakyat biasa. Kerajaan hanya mempopularkan kebaikan cukai ini yang hanya akan dinikmati oleh yang kaya dan berpangkat.

 

Kita perlu bergabung tenaga untuk menyebarkan maklumat akan malapetaka yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia jika cukai ini dilaksanakan. Perdana Menteri sudahpun bertekad untuk melaksanakan cukai GST  walau apa carapun. Kita sebagai rakyat biasa harus bertindak menjaga kebajikan kita.

 

JERIT menuntut kepada  kerajaan Malaysia  supaya menjaga kebajikan rakyatnya dengan mementingkan pembangunan pekerja daripada membebankan rakyat biasa dengan cukai baru. Kami tidak boleh membayar untuk hutang dan pembaziran kamu.

 

Usahlah perkeldaikan rakyat untuk menguntungkan kerajaan dan kroni kapitalis.

 

Sebagai rakyat  Malaysia, marilah kita berganding tangan menentang cukai GST yang membawa kepunahan kepada kaum pekerja.

 

Hancur! Hancur ! HANCUR GST . GUBAL AKTA GAJI MINIMA SEKARANG!

 

Last Updated ( Monday, 28 December 2009 )
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites