| SELAMAT HARI WANITA - PERJUANGAN UNTUK HAK SAKSAMA BERTERUSAN |
|
|
|
| Monday, 08 March 2010 | |
|
Mac 8 merupakan Hari Wanita Sedunia, di mana hari untuk mengingati dan menghargai sumbangan wanita terhadap kelas pekerja. Pada pertama kali, Hari Wanita Sedunia disambut pada tahun1908 di New York. 15 000 kaum wanita telah berarak dan menuntut pengurangan masa bekerja, gaji yang berpatutan dan hak mengundi. Sejak tahun itu, hari wanita mula disambut di seluruh dunia.
Namun demikian, Hari Wanita pada tahun 1917 adalah sangat bermakna kerana pada tahun itulah Mac 8 diiktiraf sebagai tarikh rasmi untuk hari wanita. Satu peristiwa yang bersejarah berlaku di Russia pada hari tersebutdimana mogok yang berterusan selama 4 hari oleh pekerja wanita textil di Russia menarik perhatian dunia dan kaum wanita dapat menunjukkan kekuatan kaum wanita kepada seluruh dunia. Mogok ini adalah dikenali sebagai Mogok untuk ‘Roti dan Aman”, dan bagi menuntut keadilan untuk kematian 2 million tentera Russia dalam peperangan. Mogok mereka diteruskan sehingga kerajaan sementara Russia mengakui hak mengundi untuk kaum wanita. Juga tidak dapat dinafikan bahawa mogok ini juga menjadi satu titik permulaan untuk Revolusi Kaum Pekerja di Russia. Pada masa dahulu, wanita hanya menjadi suri rumah, melahirkan anak, menjaga anak dan suami. Tetapi, selepas era perindustrian peranan wanita turut berubah. Mereka tidak lagi dikurung didalam rumah,tetapi mula memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara serta dunia secara keseluruhan. Sumbangan mereka dalam bidang pendidikan, sukan, sosial mahupun politik tidak dapat dinafikan. Di Malaysia, 49.1% daripada 27.4juta penduduk adalah wanita, dan 47% adalah wanita yang bekerja. Mereka menyumbangkan 30% ekonomi negara. Di Universiti-universiti awam, 70% adalah pelajar wanita. Wanita juga turut terlibat aktif dalam kerja-kerja sosial dan politik negara.
Syabas kepada kaum wanita sedunia! Pencapaian wanita pada zaman ini ternyata mengkagumkan. Wanita bukan sahaja menyerlahkan sumbanganya di dunia, bahkan sudah mula mencecah angkasa melalui Velentina Tereshkova (Russia) wanita pertama ke angkasa kemudian langkah ini diikuti pula oleh kaum wanita yang lain.
Ekploitasi masih berterusan Walaupun, kejayaan wanita setaraf dengan lelaki tetapi kita masih juga melihat kewujudan diskriminasi dan penganiyaan terhadap kaum wanita dalam sistem kapitalis ini. Wanita tidak diberikan layanan yang saksama di tempat kerja; Contohnya di Malaysia, di kebanyakan syarikat, wanita diberi gaji yang agak rendah berbanding dengan kaum lelaki walaupun kerja dibuat adalah sama berat.
Tidak juga dapat dinafikan bahawa eksploitasi terhadap kaum wanita terus meningkat sejurus dengan kejayaan mereka; Industri perfileman dan pengiklanan menggunakan wanita sebagai bahan seksual dalam meningkatkan saingan dalam pasaran; Keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja, di rumah dan dimana tempat masih berlaku; Wanita sentiasa menjadi sasaran ragut, rompak, curi, dan rogol. Malah, wanita sentiasa digelar kaum yang lemah dan mereka sentiasa harus dilindingi oleh kaum lelaki dan mereka tidak bebas untuk memiliki kehidupan sosial mereka terutamanya bagi wanita yang sudah berkahwin. Perjuangan Berterusan Di samping kekangan, beberapa isu di Malaysia mengenai kaum wanita mula mendapat perhatian umum antaranya adalah, kempen yang telah dilancarkan oleh Kesatuan Bank Nasional (NUBE) yang menuntut cuti bersalin selama 90 hari bagi wanita bekerja (Sekarang 60 hari). Malah, ada juga pihak yang sedang menutut agar pembantu rumah yang bekerja di Malaysia diberikan gaji yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan oleh mereka dan memberikan cuti seminggu sekali kepada mereka. Ini adalah antara isu-isu yang menjadi topik utama di Malaysia.
Sempena memperingati Hari Kaum Wanita Sedunia ini, kita seharusnya melihat kembali sejarah perjuangan kaum wanita untuk hak mereka dalam pelbagai bidang. Banyak duri dan cabaran telah dilalui oleh mereka untuk membebaskan kaum wanita daripada sistem Kapitalis yang dikongkong oleh pemikiran sistem patriarchal (penguasan kaum lelaki). Walaupun pihak kapitalis sering dipersalahkan untuk keadaan kaum wanita di dunia ini, namun pada kebanyakkan masa kaum wanita akan menjadi musuh kepada kaum mereka sendiri dengan reda kepada segala penindasan yang dilakukan ke atas mereka tanpa mempersoalkannya.
Kini sudah tiba masanya, kaum wanita untuk keluar daripada belenggu penindasan, pemikiran sempit, budaya yang kolot dan yang penting bangkit dan dan kekalkan kebebasan yang telah diperjuangkan oleh kaum wanita dan lelaki dari kelas pekerja pada satu ketika dulu! Kaum pekerja tak kira lelaki atau wanita harus berganding bahu untuk membina satu dunia yang saksama untuk semua
Selamat Hari Wanita kepada semua |








