| Forum Rakyat JERIT 2010- Fokus Kempen Perumahan Selesa |
|
|
|
| Wednesday, 10 March 2010 | |
|
Ahad 7/3/2010 – Forum Rakyat ke 5 JERIT telah diadakan di Dewan MBPJ , Kota Damansara pada ahad lalu. Seramai 58 delegasi dari Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah telah menghadiri Forum Rakyat kali ini. Forum Rakyat tahun ini penting kerana, selepas Kempen Basikal pada tahun 2008, inilah Forum Rakyat yang pertama diadakan.
Forum Rakyat dimulakan dengan Kongres Gabungan 4 sektor yang berlaku serentak pada sebelah pagi. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang, Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan, Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan dan Gabungan Anak Muda & Pelajar mengadakan perbincangan dan perancangan mereka untuk satu tahun yang akan datang.
Kes- kes peneroka bandar yang masih belum diselesaikan menjadi topik hangat dalam kongres Gabungan Peneroka Bandar terutamanya kes perumahan kampung peneroka bandar di Selangor. Perbincangan Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang juga fokus kepada isu perumahan kerana banyak ladang sedang diambil alih untuk pembangunan dan pekerja pula diusir keluar tanpa perumahan dan pampas an yang rendah. Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan pula membincangkan bagaimana hendak menjadikan isu Akta Gaji Minima isu nasional manakala Gabungan Anak Muda & Pelajar membincangkan bagaimana perkhidmatan pendidikan menjadi mahal setiap tahun dan perlunya satu sistem pendidikan dan adil dan percuma untuk semua. Pada sebelah petang pula setiap Gabungan telah memberitahu perancangan dan program mereka untuk satu tahun yang akan datang. Ahli jawatankuasa program juga telah dibentuk oleh setiap gabungan untuk menjalankan program mereka. Hasil perbincangan semua gabungan membawa kesimpulan bahawa fokus utama JERIT pada tahun ini ialah Kempen Perumahan Selesa yang akan diterajui oleh Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan bersama Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang. Roadshow ke negeri lain untuk popularkan kempen ini akan dijalankan dan pada Hari Habitat 2010 satu aksi akan dijalankan oleh kedua-dua gabungan ini.
Forum Rakyat diakhiri dengan nyanyian lagu International dan laungan slogan Hidup Rakyat Hidup Perjuangan!
Forum Rakyat JERIT yang ke 5 ini menampakkan pengurangan dalam jumlah delegasi yang hadir. Walaupun begitu, semangat untuk meneruskan perjuangan dan membina gerakan rakyat masih tinggi dikalangan delegasi. Mereka sedar adalah perlu untuk mengutarakan isu rakyat yang sebenar dalam suasana politik yang sentiasa berubah. Maka perana mereka penting untuk membawa balik amanat forum rakyat ke kawasan masing-masing dan membina kuasa rakyat supaya suara rakyat kuat dan jelas dalam memeperjuangkan hak mereka.
Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan ! |
|
| Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 ) |








