| JERIT SEKERAS- KERASNYA MEMBANTAH RANCANGAN TAN SRI KHALID, MB SELANGOR! |
|
|
|
| Wednesday, 26 March 2008 | |
TOLAK DASAR SETINGGAN SIFAR!WARISAN POLISI PENCABULAN HAK ASASI MANUSIAYANG DIPERKENALKAN BN!Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dengan tegasnya menyatakan bantahan terhadap rancangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar baru Tan Sri Khalid yang berazam unuk meneruskan Dasar Setinggan Sifar Barisan Nasional. Dasar Setinggan Sifar BN adalah adalah satu dasar yang kejam yang diperkenalkan pada tahun 2005 ketika Datuk Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor. Dasar ini pada asasnya tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah Selangor tetapi lebih merupakan satu kempen untuk membantu Pemaju kaya yang mahu merampas tanah yang sudahpun dimajukan dan diusahakan oleh Peneroka bandar untuk beberapa dekad. Polisi ini telah memusnahkan ratusan rumah peneroka bandar di seluruh negeri Selangor sejak ianya diperkenalkan. Rata-rata hak peneroka bandar dinafikan dan mereka tidak diberikan pampasan yang wajar atau perumahan alternatif yang tetap dan sesuai. Polisi ini juga turut membawa kepada penyalahghunaan kuasa oleh polis, RELA dan Majlis Perbandaran dimana agensi kerajaan ini digunakan untuk mengusir secara paksa dan kejam para peneroka dari rumah mereka . Malah ada segelintir exco dan juga ahli Parlimen yang dipilih pernah terlibat semasa mempertahankan rumah peneroka semasa perobohan di Selangor. Para Peneroka Bandar juga telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan ramai ADUN dan Ahli Parlimen dengan harapan mereka memastikan polisi pengusiran secara paksa dapat dihentikan. Adalah diharap para MB dan exco yang baru dilantik tidak terlupa perjuangan Kampung Berembang di Ampang, Kampung Papan di Pandamaran dan juga Kampung Rimba Jaya? Keputusan untuk meneruskan Polisi Setinggan Sifar ini adalah satu berita yang amat mengejutkan semua peneroka bandar dan kumpulan masyarakat dan aktivis yang terlibat dalam pejuangan perumahan selama ini. Polisi ini adalah simbol keangkuhan Kerajaan BN terhadap rakyat Marhaen dan ia patut dikuburkan bersama Kerajaan negeri yang zalim. Kerajaan negeri Selangor harus berlaku adil kepada rakyat dengan memberikan rumah alternatif kepada semua peneroka bandar yang menghadapi masalah perumahan di seluruh negeri Selangor. Kesilapan pihak pemerintah yang dahulu tidak harus diteruskan dan kerajaan negeri baru ini harus berkhidmat mengikut aspirasi rakyat dan bukanya mengejutkan mereka dengan berita sebegini. Kami dari JERIT menuntut kepada kerajaan Negeri Selangor dengan segera:
Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!
Disediakan oleh, Nalini E Sekretariat JERIT |
|
| Last Updated ( Thursday, 27 March 2008 ) |







