KENYATAAN MEDIA: JAWATANKUASA MEI 1, TETAP AKAN MENERUSKAN HIMPUNAN #BATALGST PDF Print E-mail
Thursday, 03 September 2015

 

JAWATANKUASA MEI 1, 2015

 

 

 

Kenyataan Akhbar 30 April 2015

 

 


JAWATANKUASA MEI 1, TETAP AKAN MENERUSKAN HIMPUNAN #BATALGST

 

Jawatankuasa Mei 1, TETAP akan meneruskan Himpunan #BatalGST sepertimana yang diumumkan sebelum ini.


Setiap rakyat Malaysia berhak untuk merayakan Hari pekerja. Hari pekerja disambut diseluruh dunia dan 1hb Mei adalah cuti umum wajib yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, perayaan Hari Pekerja juga adalah sebahagian daripada acara yang direstui di bawah program International Labour Organisation (ILO).


Tahun ini merupakan tahun ke 21 Jawatankuasa Mei 1 menganjurkan Sambutan Hari Pekerja Sedunia. Sambutan tahun ini turut disertai oleh Himpunan Hijau, Bersih, Kesatuan Pekerja-Pekerja  Bank (NUBE), kumpulan-kumpulan Sivil, anak muda, pelajar dan mahasiswa, komuniti orang asal, peneroka bandar, pekerja ladang dan rata-rata warga pekerja akan berkumpul di Pasar Seni dan berarak ke KLCC.


Sudah menjadi tradisi Jawatankuasa Mei 1 untuk menyambut Hari Pekerja dengan adanya ucapan dari wakil-wakil kumpulan masyarakat, persembahan, pembacaan deklarasi yang mengandungi tujuh belas tuntutan kepada pihak kerajaan. Tuntutan ini disokong oleh 121 organisasi. Selepas program kami akan berjalan secara aman dari Pasar Seni ke KLCC.


Himpunan aman Hari Pekerja ini juga akan dipantau oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam Negara. Kami juga telah menjemput kedua-dua pihak untuk menjadi pemerhati.

Butir-butir sambutan adalah seperti:

 

Tempat Berkumpul: Pasar Seni, Kuala Lumpur

Masa Berkumpul: 2.30pm

 

Diharap pihak media dapat memberikan liputan untuk Sambutan Hari Pekerja ini. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi Parames 01137088744 atau Kogi 0192275982.


Hidup Rakyat! Pekerja Sedunia Bersatu!

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link