IGP DENGAN NIAT JAHAT MENGHUKUM PENGANJUR DAN PESERTA HIMPUNAN 1 MEI 2015 PDF Print E-mail
Thursday, 03 September 2015
JAWATANKUASA MEI 1, 2015
 
 

KENYATAAN AKHBAR:

2 MEI 2015

IGP DENGAN NIAT JAHAT MENGHUKUM PENGANJUR DAN PESERTA HIMPUNAN 1 MEI 2015


Tangkapan ke atas Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Penganjur Jawatankuasa 1 Mei, Ambiga selaku pengerusi Negaraku dan Mantan Pengerusi BERSIH, Anthony Loke  yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda (DAP)  berserta 29 orang anak muda adalah niat jahat Ketua Polis Negara untuk menghukum aktivis yang menuntut demokrasi di Negara ini.


Kesemua Orang kena Zalim (OKZ) ditahan dibawah Seksyen 143 kanun Kesiksaan dan Seksyen 41 C Akta Hasutan. Dimaklumkan beberapa pimpinan parti politik dan kumpulan NGO telah diarahkan oleh polis untuk menyerah diri di IPD Dang Wangi dan polis akan keluarkan waran tangkapan jika okz gagal menyerah diri. Arul, Ambiga dan Anthony Loke ditahan sejurus mereka menyerah diri di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur dan dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur Jinjang untuk direman pada hari berikutnya.

 

Kami pertikaikan tindakan IGP yang dengan niat jahat membuat tangkapan terhadap penganjur dan peserta himpunan Hari Pekerja. Ini kerana Pada 24 April 2015, penganjur Himpunan 1 Mei Arutchelvan dan Mohd Sabu dari PAS telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang wangi Tuan zainol. Tuan zainol telahpun memberi jaminan untuk bekerjasama dengan pihak penganjur. namun mengapakah tangkapan dibuat pada hari ini?


 

1 Mei adalah Hari Pekerja Sedunia yang diiktiraf di bawah International Labour Organization (ILO) dan seluruh dunia menyambut Hari Pekerja pada hari ini.Di Malaysia, 1 Mei adalah cuti wajib yang digazetkan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Maka  Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk untuk menyambut Hari Pekerja sebagaimana menyambut perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali , Krismas dan lain-lain lagi.


Artikel 10 dari perlembagaan Malaysia jelas menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Hak berhimpun dan hak untuk bersuara sememangnya termaktub dalam perlembagaan. Himpunan tahun ini membawa tema “#BatalGST” termasuk 17 tuntutan rakyat yang diantaranya Gaji Minima RM1500,rumah selesa, Hentikan TPPA, Jamin Hak wanita, Jamin Hak Pekerja Migrant, Jamin Hak Pelajar dan hapuskan Akta Zalim dan disokong oleh 124 organisasi rakyat.

 

Media boleh hubungi saudara Sivarajan di talian 0166798005 untuk maklumat lanjut.

 

Oleh,

Parameswary.E

Penyelaras Jawatankuasa Mei 1, 2015
Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link