Penguatkuasaan Gaji Minima lemah! HUKUM PENJARA MAJIKAN YANG INGKAR ! PDF Print E-mail
Thursday, 03 September 2015

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

www.jerit.org

 

Kenyataan Akhbar

3 Ogos 2015

 

Penguatkuasaan Gaji Minima lemah!

HUKUM PENJARA MAJIKAN YANG INGKAR !


Hari ini, pihak JERIT menerima satu panggilan dari pekerja yang bekerja di Electrofast Manufacturing Sdn Bhd dan membuat aduan bahawa Gaji asas mereka RM700, iaitu jauh lebih kurang daripada Gaji Minima RM900. Daripada Gaji asas ini, potongan levi dibuat sebanyak RM115 dan RM85 untuk tempat tinggal. Pekerja sedang buat piket di luar syarikat sekarang membantah tindakan majikan yang masih belum melaksanakan Gaji Minima.

 

Syarikat Electrofast Manufacturing Sdn Bhd (alamat: Lot 10383 & 10438, Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, 41000, Klang, Selangor. Tel: 03-51610000) adalah satu syarikat yang mengeluarkan produk pembersih vacuum rumah yang beroperasi di Malaysia dari tahun 2001. Sebuah syarikat yang wujud agak lama, syarikat ini harus ketahui mengenai undang-undang kita termasuk undang-undang Gaji Minima yang dilaksanakan mulai Januari 2013. Kini sudah masuk tahun ke-3, masih lagi membayar Gaji di bawah paras Gaji Minima.

Maka, sudah pasti syarikat ini telah melanggar undang-undang Gaji Minima dan juga potongan minima untuk tempat tinggal/hostel adalah RM50, tetapi syarikat ini telah memotong lebih daripada itu. Kami, JERIT telahpun hantar aduan ini ke Jabatan Tenaga Kerja, Putrajaya.

 

JERIT juga diberitahu oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa mana-mana majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima akan dihukum dari segi bayaran denda RM10 000 bagi seorang pekerja dan hukuman penjara jika gagal membayar denda.Oleh itu, kami berharap Jabatan Tenaga Kerja mengambil tindkan yang sepatutnya dengan segera.

 

Maklumat lanjut tentang kes ini, kami boleh dihubungi di talian 014-3266720.

 

Oleh,

Sivaranjani.M

Sekatariat JERIT

010-2402159

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link