|
Perayaan Ponggal:Hari Memperingati Sumbangan Pekerja dan Petani Sedunia! |
|
Tuesday, 10 January 2012 |
Tahun ini makkal ponggal (ponggal rakyat) akan diadakan seperti info di bawah: Tarikh: 22 Jan 2012Masa: 9.30 am - 12.30 pmTempat: Flats Taman Permata Dengkil
Perayaan Ponggal ataupun Pesta Menuai merupakan satu amalan tradisi masyarakat India bagi meraikan hari menuai padi. Ponggal disambut demi memperingati sumbangan dan tenaga pekerja terutamanya petani kepada kehidupan manusia. Di India, pada masa dulu kala dan juga sekarang, pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang penting - hari pertama menuai yang selalunya jatuh di pertengahan bulan Januari disambut sebagai hari Ponggal. Pada hari Ponggal, masyarakat akan menyatakan penghargaannya kepada petani, pekerja sawah, alam semula jadi dan lembu yang digunakan untuk pertanian. Perayaan ini disambut oleh semua tanpa mengira agama yang dianuti. Kebiasaannya, ponggal akan dimasak dengan menggunakan belanga yang diperbuat daripada tanah liat dengan menggunakan beras dari hasil tuaian pertama. Nasi ponggal akan ditanak menggunakan susu di mana, ketika susu melimpah keluar, para petani akan menyebut “ponggaloo ponggal”. Pada masa kini kebanyakan kita tidak lagi menjalankan pertanian. Maka kenapa kita harus menyambut ponggal? Ponggal pada masa kini penting kerana, ia merupakan hari untuk memperingati sumbangan pekerja dalam pembangunan negara dan kaum manusia. Pekerja adalah nadi pembangunan sesebuah negara. Hari ini Malaysia maju kerana sumbangan dan pengorbanan pekerja ladang, pekerja kilang, petani, orang Asal dan juga pekerja di sektor lain. Tanpa pekerja, Malaysia tidak akan maju. Akan tetapi apakah keadaan pekerja ini yang membawa kemajuan dan pembangunan di Malaysia? Kemiskinan, penindasan dan pengeksploitasian terus berlaku. Para pekerja diberi gaji yang rendah, dieksploitasi dan ditindas oleh majikan. Tiada undang–undang yang kukuh yang menjamin hak pekerja. Pekerja ladang masih lagi tidak diberi gaji bulanan selepas 4 generasi di ladang, golongan pekerja lain masih tiada gaji minima dan banyak lagi masalah yang dihadapi. Cukup sudah penindasan ini. Hak pekerja harus dibela. Pekerja harus menuntut hak mereka. Kita harus berjuang demi masa depan generasi pekerja yang akan datang. Mari kita menyambut perayaan Ponggal ini dengan beriktibar untuk memperjuangkan hak pekerja sedunia demi masa depan yang baik. Selamat Hari Ponggal kepada Pekerja Sedunia |
|
Last Updated ( Tuesday, 10 January 2012 )
|
|
|
JEMPUTAN KE MESYUARAT KONSULTANSI PINDAAN AKTA KERJA |
|
Sunday, 08 January 2012 |
|
JERIT ingin menjemput wakil-wakil kesatuan/organisasi/masyarakat dan warga pekerja ke mesyuarat konsultansi untuk membincangkan tindakan lanjut mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang baru-baru ini diluluskan di Dewan Negara. Berikut adalah butir-butir berkenaan dengan mesyuarat tersebut: Tarikh : 29 Januari 2012 Masa : 11 pagi Tempat : A-2-7 Pusat Perdagangan Seksyen 8, Jalan Sg Jernih 8/1, Petaling Jaya, Selangor Kami berharap semua kumpulan yang memperjuangkan hak pekerja di Malaysia dapat bergabung tenaga dan merancang tindakan susulan untuk membantah pencabulan hak pekerja yang sedang berlaku di negara ini. Justeru itu, kami berharap wakil daripada organisasi/masyarakat/kesatuan sekerja akan hadir ke mesyuarat konsultansi ini. Untuk mengesahkan kehadiran anda, sila hubungi saudari Sivaranjini 019-6693412. |
|
|
Akhirnya Gaji Minima! TAPI RM900 MACAM MANA NAK HIDUP! |
|
Thursday, 05 January 2012 |
|
KENYATAAN AKHBAR 05/01/2012 Setelah lama menunggu akhirnya Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) mengumumkan penetapan RM900 sebagai gaji minimum di Malaysia (rujuk kenyataan di Berita Harian pada 4/01/2012). JERIT secara prinsipnya menerima baik penetapan gaji minima di Malaysia selepas sekian lama isu ini diperjuangkan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jumlah gaji yang ditetapkan adalah RM900 dan ia juga akan meliputi pekerja asing di pelbagai sektor termasuk sektor perladangan dan pembinaan. Adakah RM900 mencukupi? Namun, JERIT masih kecewa RM900 ditetapkan sebagai gaji minimum. RM900 adalah satu angka yang jauh ketinggalan zaman. Ini adalah kerana, pada 1/5/1996, JERIT telah menuntut agar RM750 dilaksanakan sebagai gaji minima untuk pekerja ladang. Pada tahun 2002, JERIT melancarkan kempen serta menuntut kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM900. Manakala, pada tahun 2008, JERIT menuntut pengimplementasian Akta Gaji Minima RM1500. Jumlah-jumlah ini ditetapkan berpandukan kepada kajian JERIT serta mengambil kira faktor kadar inflasi semasa dan kos hidup yang semakin meningkat. Malah, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad juga bersetuju gaji minima RM1200 diberikan kepada isi rumah ketika Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada tahun 1998. Malah, pihak MTUC juga telah menggesa kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 dan COLA RM300 untuk para pekerja. Walaupun pelbagai kajian serta saranan diberikan kepada pihak Kerajaan oleh JERIT dan kesatuan sekerja, penetapan RM900 sebagai gaji minimum pastinya satu angka tidak memadai untuk masa kini. Lebih-lebih lagi, pengumunan kerajaan untuk meneruskan pengimplementasian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penarikan balik subsidi serta kenaikan harga telah menambahkan lagi tekanan hidup. Adakah sebarang syarat akan dikenakan?? JERIT juga amat bimbang serta was-was terhadap perlaksanaan gaji minimum RM900; sama ada sebarang syarat akan dikenakan terhadap para pekerja untuk mendapat gaji bulan RM900. Ini adalah kerana, pada tahun 2001, apabila gaji minimum RM325 dilaksanakan untuk pekerja ladang, pelbagai syarat telah dikenakan di mana, para pekerja perlu hadir kerja setiap hari, tidak boleh ambil cuti dan sebagainya. Adakah jumlah ini juga akan berbeza mengikut sektor dan kawasan di mana gaji lebih dari RM900 akan ditetapkan? Jadi, JERIT berharap gaji minimum RM900 tidak akan dimanipulasi seperti yang berlaku kepada pekerja ladang. Jangan Lengahkan Perlaksanaan Adalah dimakulumkan bahawa gaji minimum RM900 dijangka akan dilaksanakan enam bulan selepas persetujuan kabinet. Walaupun JERIT faham satu jangkamasa diperlukan untuk membuat persediaan, tetapi jangkamasa 6 bulan adalah terlalu lama. JERIT bimbang mengumuman ini dibuat untuk memancing undi semasa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. Selepas itu, pelaksanaan gaji minimum ini akan akan dilengahkan. Ini telah berlaku kepada pengawal keselamatan, di mana, gaji pengawal keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2011 ditangguhkan dan selepas pelaksanaan, masih terdapat majikan yang enggan mempraktiskannya. Kesimpulannya, walaupun penetapan gaji minimum RM900 satu langkah yang positif namun, JERIT berpendirian bahawa pihak kerajaan harus menggubal Akta Gaji Minima RM1500 di Malaysia bagi memastikan hak dan kebajikan para pekerja terjamin. Gaji yang baik akan menjamin kualiti yang baik kepada warga pekerja di Negara ini. Hidup Pekerja dan Salam Perjuangan! |
|
Last Updated ( Thursday, 05 January 2012 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
I WANT MY HOUSE,I AM PREPARED TO DIE FOR IT! |
|
Friday, 23 December 2011 |
|
From: Sivarajan, PSM Treasurer Mahalingam enduring the heat in a tent ,when his house was demolished
Sdr Mahalingam a disabled passed away peacefully yesterday at his own home in a low cost flat in PJS1 . Before Jun,2011 , not many would have known Mahalingam, this frail looking disabled person on wheelchair whom could hardly speak due to his lung condition. But that did not stop him from fighthing for his rights to own a home. He too wished to own a home, thus as pioneers of Petaling area, he bought a house from Peter Brickworks after the whole community was evicted and transferred to a transit home 'rumah panjang'.But Peter Brickworks failed to build the low cost flats citing an court injunction by adjacent bungalow houses. Since 2003 things were looking bleak for Mahalingam and the whole PJS1 community.Their house was not going to be built. Things turned worse when Peter Brickworks seeked a court order to evict them again from the transit long houses to make way for a high cost condominiums . The developer got a default judgement and began to start eviction process in Jun,2011.
Mahalingam stood his ground ! He understood the injustices happening around him . His disability did not stop him . He fought hard to stay in his long house demanding that the developer delivers his promise .
Many tried to convince him to stay in a relative house and still continue the struggle . But Mahalingam refused .
His rumah panjang was demolished early June. Many tried to be symphatetic by convincing him to move out , as he has nowhere to stay . But , no , Mahalingam insisted that he stays in the rumbles of his house. A tent was put up at the site of the of demolished house, and the old frail bodied man stayed there in the hot day and cold nights demanding a solution to his problem . He was coughing and sick , his fever was running high , but nothing could shake his spirit. Finally , the meeting with the Menteri Besar took place and with some arm twisting, the State government managed to secure a low cost flat house free of charge for Mahalingam .
He stayed happily in his new home on the ground floor of the flat until his passing yesterday .
I will always remember, when he told me sitting in the wheel chair beside the rumbles of his demolished house " Saya mati pun tak apa, saya mahu rumah saya ! Itu Peter sudah tipu saya , saya mahu rumah saya !
Thank you Mahalingam for reminding us was a true spirit of struggle for what is right means . |
|
Last Updated ( Friday, 23 December 2011 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
Down the memory lane of 2011 |
|
Thursday, 22 December 2011 |
|
Christmas and New Year are just around the corner, if you wonder how this year passed by; Well, it was one hell of events and historical moments for the all Malaysians and people generally. It’s been an up and down year for human rights and people’s democracy but nevertheless highly inspiring too. Let’s start it with positive note on what happen in Malaysia and world wide briefly 
- People’s power that brought the EO6 out from the detention. Nightly candle light vigil and countless protest and memos with streaming online campaigns.
- BERSIH 2.0: the yellow wave with thousands of rakyat throng upon the street despite tight filter by BN’s ‘Polis Raja Di Malaysia’.
- Protest and more protests organised to demand Minimum Wage Act, Stop Free Trade Agreement, Labour Act 1955 amendments, Against Peaceful Assembly Bill.
- Started in Tunisia and revolution spread like wild fire across the Arab region (Arab Spring) with people hitting down the street and camped for their rights.
- It’s now towns, buildings and online are filled with OCCUPY .
However this has NOT stopped the ever-greedy capitalist backed government to further suppress the people with more of their ‘brilliant’ plans such as more free trade agreements coming in, passing the peaceful assembly Bill, allowing LYNAS, introducing new vague health insurance scheme and of course with 13th General election ‘sweets and lip service’ promises. NO MATTER WHAT … the people had rise to the occasion to fight injustice and will continue to do so ..thus we have heck lots of things to do! So think about this.. ‘The people who were trying to make this world worse are not taking the day off. Why should I?” (Bob Marley) Let’s give a thought on what Bob Marley has said while chilling on your couch enjoying the season and watch year 2011’s curtain falls. Merry X-Mas and Happy New Year from JERIT! |
|
Last Updated ( Thursday, 22 December 2011 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
Jerit disputes tycoon’s statement on Tumbuk estate |
|
Sunday, 18 December 2011 |
|
Source: Free Malaysia Today
Housing issue would not have arisen if G-Team had delivered on its promise to the estate workers in 2010, says Arutchelvan.
PETALING JAYA: Oppressed People’s Network’s (Jerit) founder-member S Arutchelvan disputed G-Team Resources Sdn Bhd’s explanation on the controversy surounding Tumbuk Estate near Banting. He said that there would not be an issue if G-Team Resources had kept to its promise to provide housing for the estate workers. “The fundamental issue is that Maika Holdings Bhd signed an agreement in 2006 with the Tumbuk estate workers where they were supposed to build houses for them by 2010. “G-Team then took over all the properties of Maika Holdings, including Tumbuk Estate, in 2010. If the houses had been delivered as promised, the water issue wouldn’t arise. “The problem with Maika Holdings then and G-Team now is that they did not fulfil their promise,” said Arutchelvan, who is also Parti Sosialis Malaysia’s secretary-general. Arutchelvan was responding to a FMT’s report where G-Team Resources’ owner G Gnanalingam claimed his company was not responsible for the water cuts in Tumbuk Estate. Gnanalingam said G-Team Resources did not sign the initial agreement in 2006 with the residents, represented by the National Union of Plantation Workers and Maika Holdings. The dozen or so estate workers have been facing cuts since November and they had alleged that G-Team was responsible for their predicament. Arutchelvan said that the company should be responsible for all issues when it took over Tumbuk Estate from Maika Holdings. “G-Team was advised by Labour Department (under the Human Resources Ministry) to settle outstanding water bills which it had refused. He added that even the previous Maika Holdings CEO S Vell Paari had been consistent in paying for the water supply. |
|
Last Updated ( Sunday, 18 December 2011 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|