• Kebangkitan Rakyat Cameron! 2,3,4 Feb 2013

  • Don't destroy their future LYNAS

  • The current regime has no concern over the people

  • Dataran ditutup untuk menghalang peserta himpunan hijau berkumpul

  • Sambutan Hari Habitat 2012 di Parlimen

#kayuh2.0: SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN

Print

RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN 2.0 :-
SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN

DATELINE : 7/12/2012


Pagi ini Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 dilancarkan dengan sungguh bersemangat di Pasar Besar Seremban dengan 20 pengayuh majoriti anak muda yang kebanyakkanya dari Negeri Sembilan & Selangor bersama ahli-ahli JERIT . Pelancaran ini disempurnakan oleh Dr.Nasir , Pengerusi Parti Sosialis Malaysia & ADUN Kota Damansara, YB Guna ( Wakil DAP & ADUN), YB Ravi ( Wakil PKR & ADUN) , Saudara Hassan ( PAS) dan juga wakil Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM).

Pengayuh akan menjelajah selama 4 hari ke seluruh Negeri Sembilan dengan membawa 7 tuntutan rakyat dan juga dalam perjalanan itu mengutarakan isu-isu kawasan setempat.

Pada hari ini 2 isu utama telah diutarakan oleh 2 komuniti yang menghadapi masalah. Isu pertama ialah di Taman Mambau. Isu penduduk Taman Mambau adalah isu sejak taman itu dibina 25 tahun dahulu. Di taman ini , tiada tangki air menyebabkan kalau ada pemotongan air, penduduk disini kadang-kadang tiada air sampai 5 hari. Selain daripada itu jalan di taman ini
tidak diturap sejak 25 tahun. Walaupun masalah ini akan nampak remeh tetapi ini adalah situasi yang sungguh menyedihkan dimana dalam negara yang mempunyai pembangunan begitu banyak, ada juga kawasan taman yang jalannya tidak diturap. Dimanakah kekayaan negara ini digunakan , kalau bukan untuk rakyat ?


Isu kedua yang diutarakan hari ini adalah isu Pantai Teluk Kemang. Para pengayuh telah berjumpa dengan Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang. Isu disini adalah , pantai hendak diswastakan dan orang ramai akan dikenakan bayaran untuk menggunakan pantai. Selain daripada itu longkang dibina untuk mengalirkan air kotor dari kedai-kedai dan syarikat
berdekatan ke laut yang mencemarkan laut. Penjaja pula dimangsakan dengan memberi kawasan kedai kepada yang kurang kemudahan dan dibina oleh kontraktor swasta. Projek- projek pembangunan disekitar Teluk Kemang tidak dikawal dimana sisa-sisa pembinaan dibuang di laut dan keselamatan pengunjung pantai terancam. Ini adalah antara isu-isu yang
diperjuangkan oleh penjaja-penjaja dikawasan ini yang ingin menyelamatkan pantai ini untuk generasi masa depan.

Kedua-dua isu ini jelas menunjukkan, kerajaan sekarang ini mengutamakan wang dan keuntungan daripada kebajikan rakyat dan menyelamatkan sumber alam negara.

Selain daripada itu isu Ladang Kirby dimana penduduk ladang ini tengah berjuang untuk perumahan alternatif dan perjuangan ini telah berterusan untuk 10 tahun dan masih tiada penyelesaian daripada majikan mahupun kerajaan negeri.

Kempen hari ini berjalan dengan lancar dengan ramai ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memberi sokongan moral dan material untuk menjayakan kempen ini.


Pihak polis walaupun tidak menghalang kempen ini akan tetapi ramai Special Branch yang mengekori pasukan pengayuh ini.

Semangat anak muda yang menyertai kempen ini sungguh tinggi. Kepercayaan rakyat yang memberikan memorandum kepada pasukan anak muda ini , memberi rasa tanggungjawab kepada para pengayuh untuk memperjuangkan isu rakyat.

Esok , para pengayuh akan meneruskan jelajah mereka dari Rantau sehingga ke Johol. Lebih banyak isu rakyat akan diutarakan sementara 7 tuntutan utama iaitu

i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; ii.Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat; iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ;v. Lindungi Hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ;vii. Mansuhkan undang-undang zalim akan dipopularkan untuk mendapat sokongan rakyat dan juga memberi kesedaran kepada rakyat.

RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN

Untuk maklumat mengenai program terkini , hubungi M.Nalini -0123902544

We have 5 guests and no members online

2011 #kayuh2.0: SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN. Custom Footer text
Powered by Joomla 1.7 Templates

Regarded as regarded truth that tobacco greatly Klonopin and wikipedia Klonopin damages your wellbeing. Medical examination has demonstrated that numerous Xanax detox Xanax xr very long-period well being problems such Sildenafil madrid spain Kegg drug sildenafil as cancer malignancy, cerebral vascular accidents etc. are leaded by cigarettes. VolumePills VolumePills For anyone who is nevertheless not certain to Dapoxetine available Dapoxetine australia prevent cigarettes by having the lengthy-phrase diseases like cancer Semenax Semenax malignancy and emphysema, you will be comfortable with the Provigil withdrawal Provigil adderall combined are the Pure raspberry ketone supplement sale Raspberry ketones fat following to Ornithine, lysine, arginine, lysine hgh Natural human growth hormone help you with the pleasures of Mango african safari African mango extract diet