Kenapa Cukai GST harus dibantah ? PDF Print E-mail
Thursday, 19 March 2015

Disini kami ingin mengutarakan 4 sebab kenapa Cukai GST harus dibantah :


1.   Pengimplementasian Cukai GST akan menyebabkan harga barang naik . Rakyat akan bayar cukai untuk barangan harian kita.  Kerajaan kata ada  pengecualian Cukai GST  untuk beberapa barangan asas, namun oleh kerana dalam proses pengeluaran akan ada Cukai GST , maka kos pengeluaran akan meningkat, menyebabkan harga barangan atau perkhidmatan berkenaan meningkat. Keadaan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan meningkatkan inflasi dalam negara.

 

 2.    Kerajaan kata Cukai GST 6% akan menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan 10%. Maka akan berlaku pengurangan harga barang. Ini adalah satu pembohongan. Ini adalah kerana Cukai Jualan & Perkhidmatan 10% adalah untuk barangan dan perkhidmatan mewah contohnya bagi perkhidmatan hotel. Sekarang pula Cukai Jualan & Perkhidmatan dibatalkan dan Cukai GST akan diimplimentasi . Ini bermakna tanggungan orang kaya dikurangkan dan orang miskin pula dibebankan.

 

3.    Tahun 2015 Gaji Minima RM 900( Semenanjung Malaysia ) & RM 800 ( Sabah & Sarawak)  harus dikaji semula dimana harus ada peningkatan gaji. Namun, kerajaan tidak mengambil berat mengenai isu ini. Kalau Gaji Minima ditingkatkan kepada RM 1500 dan selepas itu Cukai GST diamalkan , masih bolehlah dipertimbangkan. Ini tidak, katanya hendak jadikan negara ini negara berpendapatan tinggi, tetapi tiada tindakan untuk meningkatkan gaji rakyat , hanya tindakan untuk memiskinkan rakyat dengan Cukai GST.

 

4.    Kerajaan kata tiada duit, maka perlu implementasi Cukai GST . Kalau inilah keadaan sebenar,  kenapa kerajaan tidak tingkatkan Cukai Korporat ?

 

i.              Kalau kita analisa pada 1980, Cukai Korporat yang dikenakan ialah  40% telah dikurangkan sehingga 24% sekarang . Kenapa kerajaan begitu simpati kepada orang kaya dan syarikat korporat ? Malah Cukai Pendapatan pun akan dikurangkan secara berperingkat.


ii.            10 orang kaya dinegara kita mempunyai pendapatan bersama RM 181 billion. Dari pendapatan itu kalau kerajaan kenakan 15% cukai pun , kerajaan boleh dapat 27 billion pendapatan setahun. Persoalannya, kenapa kerajaan tidak kenakan cukai kepada 10 orang ini dan menyusahkan 30million rakyat ?


iii.           Pada masa sekarang , perbelanjaan pentadbiran kerajaan ialah RM223.4 billion, iaitu 82% daripada bajet keseluruhan. Daripada perbelanjaan itu, kalau kerajaan berjimat 10% dari perbelanjaan pentadbiran ini, boleh mendapat RM 22 billion untuk perbelanjaan pembangunan.  Kalau dibandingkan dengan Perdana Menteri kita yang lepas, Datuk Sri Najib adalah Perdana Menteri yang  paling banyak berbelanja mewah. Kalau 10% daripada ini dijimatkan pun dah cukup, Cukai GST tidak perlu dikenakan.

iv.     Kajian Integriti Kewangan Global menyatakan bahawa di Malaysia  dalam satu tahun , RM 171 billion duit hilang kerana korupsi. Kalau hanya ¼ daripada ini dijimatkan pun , kerajaan akan dapat RM43 billion.

 

 

Jelas disini , kerajaan tidak berminat untuk halang korupsi, atau berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Kerajaan Persekutuan hanya berminat untuk mengorek poket rakyat melalui Cukai GST supaya mereka boleh terus berbelanja  boros tanpa mengambil kisah kebajikan Rakyat biasa.

 

BANTAH CUKAI GST; CUKAI yang MEMISKINKAN RAKYAT!

HENTIKAN KORUPSI ! HENTIKAN KEBOROSAN DALAM PERBELANJAAN KERAJAAN

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites
link