Sambutan Hari Pekerja 2010: Polis Gagal Hentikan Perarakan
Sunday, 02 May 2010

1 Mei 2010 – Kuala Lumpur

 

Pada pagi ini Dataran Merdeka telah ditutup oleh polis dan mereka tidak membenarkan sesiapapun untuk melalui kawasan ini. Kehadiran polis begitu ramai sekali. Semua ini semata-mata untuk menghalang Sambutan Hari Pekerja anjuran Jawatankuasa Mei 1. Pihak polis enggan berbincang dengan pihak penganjur dan hanya memberi amaran untuk bersurai.

 

 

 

Tahun ini sambutan Mei 1 oleh Jawatankuasa Mei 1 telah berfokus kepada isu cukai GST. Tema sambutan adalah “Rakyat Bantah GST: Cukai yang Miskinkan Rakyat”. Tema ini dipilih pada tahun ini untuk memberikan satu mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa rakyat menolak perlaksanaan cukai ini.  

 

Ke Tepi, Kami nak Berarak!

 

 

Akibat kegagalan pihak polis untuk mengadakan perbincangan dengan penganjur, maka pihak penganjur dan rakyat yang berkumpul telah mengambil keputusan untuk berarak sebagai tanda merayakan Hari Pekerja. Para peserta berarak menuju ke Kampung Atap, satu lokasi simbolik yang dipilih penganjur kerana terdapatnya bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di situ. Polis yang hilang pertimbangan telah terkeliru dengan tindakan penganjur ini. 

 

 

Last Updated ( Sunday, 02 May 2010 )
Baca Lagi...
Demo Hari Buruh: Enam ditahan polis
Saturday, 01 May 2010

Source: Malaysiakini

 

Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 orang berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam, dekat Dataran Merdeka - tempat pelbagai program awam diadakan.

Penyelaras program S Arutchelvan dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul.

Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada mereka untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.

Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai dari Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa.

Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tujuan akhir mereka.

Last Updated ( Saturday, 01 May 2010 )
Baca Lagi...
Workers protest against ‘oppressive’ tax on Labour Day
Saturday, 01 May 2010

Source: TheMalaysianInsider

By Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, May 1 — About 500 people protesting the proposed Goods and Services Tax (GST) marched to the Selangor Chinese Assembly Hall this morning.

A 50-strong police force guarded the surroundings of the Selangor Chinese Assembly Hall, although they allowed protestors to gather within the compound. They rerouted to the association building on Jalan Maharajalela after police cordoned off Dataran Merdeka.

“GST makes the poor poorer, the rich richer,” said Mathavi Sahathuan, one of the coordinators of non-governmental organisation Marginalised People’s Movement (Jerit) which is part of the protest organisers.  “In the GST, everyone gets taxed…old sick people to children.”

Amidst vociferous cries of “Hidup Rakyat, Bantah GST” by protestors dressed in red, Mathavi continued, saying “Under the GST, the government reduces corporate tax and sales tax…implementing GST is a burden to the people.”

When asked why the group was protesting the GST despite the Government postponing the second reading of the GST at Parliament pending public feedback, Mathavi said that the Government is merely postponing but not eliminating the proposed tax.

“We’re saying there shouldn’t be GST at all,” she told The Malaysian Insider today.

Last Updated ( Saturday, 01 May 2010 )
Baca Lagi...
6 arrested over GST protest on Labour Day
Saturday, 01 May 2010

By M.KUMAR

Source: TheStar

KUALA LUMPUR: Six people were arrested when over 300 people gathered in the city centre to hold a protest march against the proposed Goods and Services Tax (GST) but were blocked by the police when they tried to march into Dataran Merdeka.

The group had originally gathered outside the Bar Council building around 11am on Saturday, a short distance away from Dataran Merdeka, the venue for a May Day event to celebrate International Workers’ Day.

However, they were stopped by police who had sealed off the area surrounding Dataran Merdeka.

Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman, who had instructed his men to barricade Dataran Merdeka, gave the crowd five minutes to disperse.

“We cannot allow them to gather here because they had no permit. It was a wrongful gathering,” he said.

After a short stand off, the group then marched towards the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH).

During the march, six protesters were arrested by police for carrying illegal banners but were later released.

May 1st committee coordinator S. Arutchelvan and Kota Damansara assemblyman Dr Nasir Hashim who led the protest said they were disappointed over the police ban on the May Day gathering.

“We have been doing this for 16 years, why stop us this year?” Nasir said.

The group gathered at the open-air car park outside the KLSCH where they were joined by more protesters led by Sungai Siput MP Dr D. Jeyakumar.

The second group had initially gathered outside Parliament but were allowed by police to regroup with their fellow protesters at the KLSCH.

The crowd dispersed around 1pm, shortly after reading a 'May Day' declaration.

Perhimpunan Aman Mei 1: Tinggal 1 Hari lagi
Friday, 30 April 2010
Tahukah Anda?

Sambutan Mei 1, 2004 diadakan buat pertama kalinya di Pulau Pinang. Sambutan diadakan di Padang Kota Lama dengan penuh meriah tanpa banyak gangguan. Tema Sambutan: "Pekerja Menuntut Demokrasi Sejati" kerana tahun tersebut merupakan tahun pilihanraya. 
Perhimpunan Aman Mei 1: Tinggal 2 Hari lagi
Thursday, 29 April 2010


Tahukah Anda?

Sambutan Mei 1, 2003 - Aman dan Tiada Kekacauan


Tahun ini Sambutan Mei 1 berjalan lancar di Dataran Merdeka. Pihak polis pula memanggil penganjur dan memberikan permit tanpa permohonan dari penganjur. Berbanding tahun 2002, tahun ini rakyat yang berhimpun diberi layanan istimewa. Bas-bas diiringi dan dibantu oleh pihak polis. FRU diletakkan jauh dari kawasan sambutan, itupun setelah dipersetujui oleh penganjur. Jadi, Sambutan Hari Pekerja kembali ke Dataran Merdeka dengan suasana yang aman. Tema sambutan: "Perang Kapitalis, Pekerja Merana".

Ini merupakan satu kejayaan dalam tempoh masa 10 tahun. Jawatankuasa Mei 1 telah memberi sumbangan signifikan dalam mengembangkan ruang demokrasi dalam negara. Ini merupakan satu perjuangan Jawatankuasa ini. Malangnya, hari ini banyak kumpulan yang mengadakan sambutan Hari Pekerja dengan menganjurkan sukan, konsert dan majlis makan. Semangat sebenar Mei 1 adalah perhimpunan secara besar-besaran. Hanya melalui tindakan seperti inilah kelas pekerja mencapai banyak kemenangan seperti 8 jam kerja sehari, cuti tahunan dan faedah lain.

Sebab inilah kaum kapitalis enggan mengiktiraf Mei 1. Malahan, di Amerika Syarikat di mana perjuangan Mei 1 bermula, 1 Mei bukanlah cuti umum. Kaum kapitalis tidak mahu kita mengingati semula hari kemenangan kaum pekerja. Ramai juga yang masih mahu dan dipaksa bekerja pada hari 1 Mei. Kita harus menghargai hari keramat ini.
<< Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Share |
Joomla Templates and Joomla Web Sites